Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Selasa, 3 Januari 2017

Ilmu Hero PERKAP Terakhir Tahun 2016

Ilmu Hero PERKAP Terakhir Tahun 2016






Alhamdulillah hero PERKAP menutup tirai 2016 yang lepas dengan mempelajari ilmu baru tentang pembuatan EM.

Pembuatan EM Yakult , EM Buah, pati herba ayam , enzim nenas dan enzim untuk makanan haiwan.



Hero PERKAP Irfan sedang membuat
bancuhan untuk membuat EM

Hero PERKAP Irfan sedang membuat
pati herba ayam untuk minuman
ayam ternakan PERKAP

Hero PERKAP Irfan sedang membuat
EM campuran limau dan nenas

EM daripada sayur-sayuran


Semoga tahun 2017 ini , hero PERKAP dapat mempelajari banyak lagi ilmu baru. Dengan izin-NYA.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:

Rabu, 28 Disember 2016

Hero PERKAP Membuat EM (Effective Microorganism) Mereka Sendiri

Hero PERKAP Membuat EM (Effective Microorganism) Mereka Sendiri

AEM (Activated Effective Microorganism) atau EMAS (Effective
Microorganism Activated Solution) yang disediakan sendiri oleh
hero PERKAP

Penggunaan EM (Effective Microorganism) sangat terkenal dalam perusahaan tanaman dan ternakan organik. Ilmu ini telah dipelajari oleh hero PERKAP dan menghasilkan EM mereka sendiri untuk pembajaan tanaman dan ternakan ORGANIK mereka.

 
AEM disimpan rapi agar bakteria dapat dibiak untuk kegunaan tanaman
dan ternakan PERKAP

Hero PERKAP Irfan sedang
melabel bekas AEM yang
disediakan

Setiap AEM yang disediakan perlu
disimpan beberapa hari agar
bakteria dan mikroorganisma dapat
dibiak.
Hero PERKAP membuat EM5 mereka sendiri untuk digunakan
pada tanaman sebagai racun serangga ORGANIK tanaman.

Semoga apa yang dipelajari dapat memberi manfaat kepada diri dan masyarakat pada satu hari nanti.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:

Selasa, 27 Disember 2016

Hero PERKAP Belajar Membuat BOKASHI

Hero PERKAP Belajar Membuat BOKASHI



Hero PERKAP belajar membuat BOKASHI ternakan. Ilmu ini dipelajari
untuk makanan ternakan "The Chicken's Apartment" PERKAP


Alhamdulillah semalam hero-hero PERKAP dapat mempelajari ilmu baru untuk membuat makanan ternakan ayam BOKASHI.


Hero-hero PERKAP menggaul BOKASHI

Ilmu ini diturunkan oleh Tuan Azman yang mempunyai banyak pengalaman dalam pembuatan makanan BOKASHI untuk ternakan.



Tuan Azman menunjukkan cara penyimpanan BOKASHI ke dalam bekas
kedap udara


Terima Kasih kepada Tuan Azman kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman.Semoga ilmu yang diberi memberi manfaat kepada semua.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:

Isnin, 26 Disember 2016

Terima Kasih 'Auntie' Maria dan Keluarga

Terima Kasih 'Auntie' Maria dan Keluarga



Terima kasih Auntie Maria dan keluarga kerana menjamu kami
makanan yang enak dan memberi layanan yang terbaik


Pada 20 Disember yang lepas, 'auntie' Maria dan keluarga telah menjemput kami untuk makan tengahari yang enak.

Hidangan barat seperti daging kambing 'grill' bersama 'brown sauce', kentang lenyek (mashed potatoes) , sayur Cauliflower bersama sos keju adalah hidangan yang terbaik pernah kami rasa.


'Auntie Maria' memberi layanan dan
menghidangkan makanan yang
enak sekali.

Layanan mesra daripada 'auntie' Maria dan keluarga akan kami ingat sampai bila-bila.

Hero PERKAP juga dihadiahkan set ensiklopedia tamadun manusia dan sains untuk rujukan hero-hero PERKAP disamping dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka.



Bergambar kenangan ketika jemputan makan tengahari di rumah
'auntie' Maria.

Semoga 'auntie' Maria dan keluarga dikurniakan kesihatan dan dilimpahkan rahmat sentiasa. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa budi baik kalian.



Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan: